Auto Draft

Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Tak Semena-mena, Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKAAN

Auto Draft

Sebelum ini kita pernah terdengar mengenai kisah rumah tangga yang hanya bertahan 50 hari. Kemudian tampil seorang wanita lain yang tampil mengatakan rumahtangganya hanya bertahan 30 hari.

Terbaru, seorang wanita memberitahu yang rumahtangganya hanya bertahan empat hari atas sebab yang dia sendiri tidak menjangkakan.

Ikuti kisahnya:
Di sini saya ingin berkongsi peristiwa yang baru berlaku dalam hidup saya. Saya telah bernikah pada 30 Julai yang lepas serta majlis sanding diadakan di kediaman keluarga saya.

Pada keesokan harinya majlis sanding menyambut menantu diadakan pada pihak lelaki. Saya mengakui pada malam pertama, selepas mandi saya bersalin baju di bilik lain, bila mana saya masuk suami telah tidur.

Awal Ogos suami telah ke luar daerah atas urusan kerja selama dua hari. Tetapi sekembalinya suami dari luar daerah, dia telah datang ke rumah bersama dua orang lelaki. Kedua-duanya adalah ahli keluarganya.

Pada malam itu, bersamaan hari keempat kami bergelar suami isteri, dia telah menceraikan saya di hadapan ahli keluarga yang lain. Dia ceraikan saya dengan talak dua, dengan alasan tidak terima saya bersalin pakaian di bilik lain.

Saya dan ahli keluarga tergamam dengan kata-kata dia. Berkali-kali kami tanyakan, adakah atas sebab itu saja?

Dia mengangguk dan berkali-kali kata ‘tidak boleh terima’.

Adakah wajar dia terus menceraikan saya? Semasa dia berada di luar daerah, dia langsung tidak menjawab panggilan telefon.

Adakah kesalahan saya sangat besar? Saya hanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, tetapi tanpa berbincang atau bertanya dia sesuka hati menjatuhkan talak atas saya dengan alasan ‘tak boleh terima saya bersalin baju di bilik lain’?

Saya diceraikan tanpa disentuh lagi. Malam pertama kami hanya tidur sebilik, sekatil sahaja. Tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya agak pelik jua kisahnya kerana dia diceraikan atas sebab yang sangat remeh. Tetapi hati orang sukar diduga. Sebelum ini, ada juga yang menceraikan isteri kerana punggung menggerutu, seperti yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada awal tahun ini.

Lagi Kisah Rumahtangga Yang Tak Masuk Akal.

– Malam Pertama Dipaksa Berpurdah, Suami Zalim Perbuat Isteri Hingga Terluka Dan Berdarah

Nama saya Fatin. Saya sudah masuk 3 tahun berkahwin, tp sepanjang perkahwinan saya, saya tak happy…Mungkin luaran saya happy tapi dalaman saya tak happy..

Auto Draft
Sekadar Gambar Hiasan.

Kisahnya bermula hari pertama nikah di masjid, baru setengah jam akad nikah dia suruh saya buang makeup sedangkan waktu tu ramai tetamu, sedara mara dan waktu tu kami masih dimasjid…saya malu nak buang sebab muka saya berjerawat.. Sedangkan di pernah hina saya muka jerawat…

Malam pertama tu saya dipaksa untuk memakai purdah..saya enggan sebab saya belum bersedia nak pakai tp dia tetap memaksa. Dan tiba2 dia mengamuk dan campak jaket dia terkena zip jaket dimuka saya…Luka berdarah. Terkejut saya dengan sikap suami saya pada malam pertama. Saya menangis diam2 sebab saya taknak ibubapa saya dgr..Nak elak keluarga nampak luka di muka, saya pakai jugak purdah ikut kata suami..

(beberapa bulan kemudian…..)

Selepas saya disahkan mngandung, 3 bulan saya ditampar dan diterkap suami dirumah maknya..sebab saya melawan cakap dia..mak mentua saya hanya ckp2 je tak buat apa2 tindakan tp abah mentua saya memng bekeras dgn dia sbb buat sy macamtu. mungkin hormon mgandung saya kuat melawan dia masatu..selepas kejadian tu dia berjanji tak buat lagi..

Saya sudah pon bersalin, melahirkan anak sulung kami…Saya jadi sedih, hari petama sy lahirkan anak, disebabkan dia mmg jenis cemburu buta,, dipaksa saya memakai purdah sedangkan masa tu saya baru besalin,,nafas pon tak cukup. Saya besalin di hospital kerajaan,,jadi siapa yang cek saya sama ada doc lelaki atau perempuan itu bukan kuasa saya..

Masa tu ada doc pelatih lelaki bersama doc perempuan dtg cek keadaan saya dan baby,, masa tu bukan waktu melawat dan suami sy ketika itu berada disitu dan doc minta suami utk beredar sbb nk periksa saya..doc tu tegur saya, dia kata ‘suami awk tak suka lelaki tgk kan, macamtu juga pesakit lain’.

Tesentap saya..lepas je doc tu cek, suami saya msg maki hamun saya ‘weh babi, sial apa nama doc perempuan tu?. Sial betul dia’. Saya cakap sy taknampak, tak perasan dia cakap saya perempuan bodoh. Saya taktahula kalau iman sy tak kuat, sy dah meroyan dah…tapi alhamdulillah tak.

Lepas keluar hospital,saya berpantang dirumah mak sy..yang buat sy stress, dia tak bagi sesiapa pegang anak sy,,org dtg jenguk dia kurung sy dan anak didalam bilik. Mak sy ketuk byk kali tp dia tak bagi buka…

1 masa tu sy tak tahan juga,,dia terkam saya, cekek leher saya dan gigit pipi sy sebab sy melawan..dan dia juga paksa saya basuh baju sedangkan dia tahu jahitan bawah saya tu masih belum baik sebab jahitan koyak…

Bila kami pindah rumah kami sendiri,,dia maki hamun sy, bila gado selalu menyalahkan ibubapa saya…Ada malam tu, dia balik mgkn dia ada sakit hati dgn sy pagi tu, dia tampar muka sy, sampai mata sy berdarah…ya Allah, sy bg dia peluang lagi, dan dia janji tak buat lagi..

Ok sekarang memng dia takde naik tangan dgn sy,,nampak perubahannya tp effect pada saya…saya mmg akan melawan dia, ckp kasar dan bila gado sy rasa benci ya amat sampai nk dia mati…dia selalu ckp bila gado nk.lepaskan sy..saya jadi lagi marah,, baling2 brang dan apa saja…

Nak tanya warga krt, mungkinkah sy ada sakit meroyan? disebabkan kisah silam yg sy pendam? mohon bantuan..sy bukan nk riak, tp sy solat tak tinggal, boleh mengaji dan buat ibadah sunat..tp bila dgn suami saya jadi sy benci dia…sy kesian pada anak yg masih kecik…terima kasih semua..

Ada baiknya mengenali hati budi seseorang sebelum membina rumahtangga dengannya. Selebihnya serahkan kepada takdir.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *