Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Jika di Malaysia, tahanan elit yang disabitkan dengan kesalahan seperti rasuah akan diberi layanan sama rata seperti banduan lain.

Namun berbeza di Riyadh Saudi di mana golongan ini akan ditempatkan di sebuah hotel mewah di sana yang ditukar menjadi penjara bagi mereka.

Malah kawalan keselamatan di penjara ini juga sama seperti penjara lain di mana pelawat akan diiringi polis dan tahanan akan ditempatkan di bilik asing.

Idea untuk menubuhkan penjara lima bintang ini dicetuskan oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang ingin menghapuskan kegiatan rasuah dengan cara yang tidak pernah dilihat oleh Arab Saudi sebelum ini.

Dalam satu laporan oleh BBC, wartawan yang ditugaskan untuk meninjau hotel tersebut telah menggambarkan suasana di hotel mewah itu sebagai “sangat serius.”

Wartawan, Lyse Doucet dan jurukamera, Philip Goodwin adalah wartawan pertama yang dibenarkan masuk ke dalam hotel tersebut sejak arahan penahanan dikeluarkan.

Mereka diiring masuk oleh pihak polis dan turut mempunyai peraturan ketat untuk tidak mendedahkan wajah atau memetik nama mereka yang ditahan di situ.

Sejak 4 November yang lalu, tiada siapa pun yang dibenarkan masuk ke hotel Ritz- Carlton tanpa kebenaran rasmi.

Lebih daripada 200 golongan elit Arab Saudi yang dituduh menyalahgunakan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram. Kerajaan Arab Saudi juga telah menugaskan ratusan pakar (peguam) untuk memproses kes ini tanpa henti.
Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Suasana hotel yang hampir kosong itu menimbulkan keadaan yang sunyi di tambah lagi dengan suasana muram ketika tahanan sedang berbincang bersama peguam mereka.

Kebanyakan tahanan di situ menghabiskan masa mereka di dalam bilik bersama peguam mereka untuk menyelesaikan kes tersebut.

Penjara itu turut mempunyai kolam renang yang mewah, restoran dan gim yang boleh digunakan oleh tahanan di sana.
Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Empat peratus daripada tertuduh ingin membawa kes mereka ke mahkamah manakala 95% lagi bersedia untuk membuat perjanjian yang berkemungkinan besar akan melibatkan sejumlah wang yang banyak untuk ditukarkan dengan kebebasan.
Penjara 5 Bintang Di Riyadh Saudi Seperti Syurga Bagi 200 Banduan Ini buat korang terpesona!

Dah disabitkan kesalahan pun masih diberi kesempatan untuk merasa kemewahan kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *