Ramai yang tak tahu sebenarnya Intan Liyana Saleh tu…… – Nadia Mustafar

SELAIN Ani Maiyuni, pelakon popular, Nadia Mustafar turut terkesan dengan kontroversi yang menimpa ke atas Intan Liyana Saleh dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan madunya, Izreen Azminda.

Susulan itu, Nadia terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu buat Intan Liyana yang juga merupakan iparnya di laman Instagramnya (IG).

“Assalamualaikum. Ramai yang tak tahu sebenarnya Intan ini ipar saya. Tiba-tiba, hari ini hati saya terpanggil untuk mengatakan sesuatu.

“Sebagai seorang kakak, perasaan sedih itu tak lari dengan apa yang belaku pada dia sekarang ini. Saya mohon doa dari semua agar perjalanan hidup dia lebih baik selepas ini,” tulisnya.

Malah, pelakon berusia 43 tahun ini turut menitipkan kata-kata semangat selain bertawakal dengan ketentuan ALLAH SWT.

“Wahai adikku @__iiiintvnroxs, hadapilah segalanya dengan tenang, bagi akak, tiada siapa yang bersalah dalam soal ini kerana susunan ini sudah pun tertulis untuk perjalanan hidupmu.

“Apa yang perlu adik buat, bersedia dalam segala kemungkinan yang akan datang, sesungguhnya susunan yang ALLAH beri padamu adalah yang terbaik buatmu dik.

“Berhentilah dari bersedih dan sama-sama kita berdoa agar semuanya selesai dengan sebaik mungkin. Redhalah di atas segalanya,” kongsinya.

Pada masa sama, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini turut meminta agar netizen menggantikan semua kecaman yang dilemparkan.

“Saya juga bermohon agar hentikanlah juga segala kecaman-kecaman yang dilontarkan pada pihak kedua kerana hidup kita pun belum tahu kesudahannya.

“Hargailah setiap detik dan masa kerana ia tidak akan dapat dikembalikan,” tulisnya.

Sumber: kakigosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *