Ini respond anak saudara Ziana Zain, Ernie Zakri setelah diasak wartawan!

Semalam kecoh di dada akhbar mengenai berita suami kepada Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dan lebam pada 25 Februari lalu.

Pemenang anugerah persembahan vokal terbaik AJL32, Ernie Zakri yang juga anak saudara kepada Ziana Zain turut bersedih dengan perkara menimpa keluarga penyanyi itu. Ernie sendiri tidak tahu perkara sebenar yang berlaku.

“Sejujurnya, saya tidak berapa tahu mengenai hal Mak Long (Ziana Zain) sekeluarga. Tetapi sebagai keluarga saya mengharap dan mendoakan yang terbaik semoga ada penyelesaian terbaik untuk Mak Long. Insya-Allah.

Ini respond anak saudara Ziana Zain, Ernie Zakri setelah diasak wartawan!

“Ini saja yang boleh komen sebab saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu menahu. Apa pun kami semua turut bersedih dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Mak Long,” katanya kepada Harian Metro.

Ernie sendiri akui terkejut mendapat perkhabaran ini dan mendoakan semuanya dapat diselesaikan dengan baik,

“Terkejut memang terkejut. Siapa yang suka mendengar berita seperti ini lebih-lebih lagi daripada keluarga sendiri.

“Mak saya ada menghubungi Mak Long dan bertanyakan khabar. Macam saya katakan, kami mendoakan yang baik-baik. Hal orang tua saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Ini respond anak saudara Ziana Zain, Ernie Zakri setelah diasak wartawan!

Berdasarkan kes tersebut, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya. Majistret menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 4 April nanti.

Sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *