Perbuatan Awie Terhadap Anaknya Terbongkar! Maluunya. Sampai Hati Dia Buat Anak Dia Macam Ni!.

Menjawab dengan jujur pertanyaan peguam dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, penyanyi dan pelakon, Awie mengakui bahawa dia tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Bagaimanapun, menurut Awie, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu. Ditanya peguam adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.

Jelasnya, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak ‘syaitan’ maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak.Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.

 

sumber: candyviral3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *