Auto Draft

“Saya telah cuba dengan sedaya upaya dan kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik”apa telah berlaku??

 

Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ), memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sekiranya mempunyai kekurangan dan kesilapan sepanjang menggalas mandat yang diberikan selama lima tahun lalu sebagai menteri.Menerusi entri di Instagram (IG), KJ mengakui telah melakukan terbaik dalam menggalas tanggung jawab yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat.

“Sempena mesyuarat Jemaah Menteri terakhir saya pagi tadi, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia untuk sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan selama saya menggalas mandat dan amanat anda sepanjang lima tahun yang lalu.

“Saya telah cuba dengan sedaya upaya dan kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik, berpedomankan kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Negara serta hasrat dan cita-cita menggunung untuk sama-sama melahirkan Malaysia yang lebih baik, demi setiap daripada anak bangsanya.

“I am old fashioned. Selepas selesai mesyuarat pagi tadi, saya menunggu sehingga YAB Perdana Menteri meninggalkan bilik mesyuarat untuk bersalam dengan beliau dan menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang telah beliau berikan – “thank you Sir, for giving me the honour of serving the country for the last five years.” Sesungguhnya, ia merupakan penghormatan terbesar yang pernah saya terima untuk seumur hidup saya,” tulisnya.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu pada 7 April 2018 (hari ini).

Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *