Ude & Izreen Azminda tercalon dalam ‘Couple MeleTOP’, tetapi Intan Liana yang dijemput?

Malam ini akan berlangsung Anugerah MeleTOP Era (AME 2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil yang kembali lagi untuk edisi kelima tahun ini. Antara calon yang menarik perhatian ialah pasangan pelakon Izreen Azminda dan suami Ude yang tercalon dalam kategori Couple MeleTOP.

Namun, baru-baru ini ramai yang mempersoalkan mengapa Intan Liana pula yang diundang ke rancangan MeleTOP pada minggu lalu walaupun dia sama sekali bukan seorang selebriti apatah lagi terbabit dalam industri hiburan.

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, bekas isteri Ude itu menjelaskan bahawa kehadiran dia ke rancangan berkenaan adalah bagi memenuhi jemputan daripada pihak produksi setelah beberapa kali menolak undangan tersebut.

Tambah Intan, bukan untuk memburukkan atau mengeruhkan lagi situasi, tetapi ianya sekadar diundang dan secara tidak langsung ada kaitan dengan pencalonan pasangan pelakon tersebut.

Semoga Intan terus tabah dan kuat dalam menjalani kehidupan serta memperoleh rezeki yang melimpah ruah untuk menanggung anak-anaknya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sumber : Intan Liana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *