Ayat Bahasa Inggeris Beterabur Standard “Budak WeChat”Di perlekehkan Semasa Mengisi Borang Di Jabatan Imigresen

Isu penggunaan bahasa Inggeris dengan salah memang merupakan sebuah perkara yang tidak dapat ‘dimaafkan’, terutamanya apabila melibatkan urusan-urusan rasmi kerajaan.

Jadi tular di Twitter apabila seorang pengguna laman media sosial itu berkongsi pengalaman beliau ketika berurusan dengan pihak Imigresen baru-baru ini.

Ayat

Wan Nur Syaira yang berkunjung ke pejabat Imigresen bagi membantu rakannya, Daniel yang merupakan seorang warga asing berasa terkejut setelah melihat dokumen rasmi yang perlu diisi oleh rakannya itu.

Menurut beliau, dokumen yang ditulis di dalam bahasa Inggeris itu adalah sangat memalukan kerana mempunyai banyak kesalahan tatabahasa sehingga membuatkannya menjadi sukar untuk difahami.

Ayat

Tambah Syaira lagi, beliau yang pada ketika itu sudah pun kecewa dengan servis pihak Imigresen menjadi bertambah setelah membaca borang yang diberikan.

Memandangkan dokumen itu merupakan sebuah dokumen yang perlu diisi oleh warga asing yang tidak tahu bertutur di dalam bahasa Melayu, Syaira menasihatkan supaya pihak Imigresen lebih berhati-hati dengan memeriksa sebarang kesalahan bahasa ketika merangka borang-borang seperti itu.

Ayat

Bukannya bahasa ibunda kita pun.

Tweet Syaira itu kemudiannya telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain. Ada yang bersependapat dengan beliau dan terdapat juga segelintir yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau itu.

Ayat

Bukan untuk edaran.

Menurut sebilangan pengguna Twitter yang lain, dokumen itu mungkin merupakan set soalan yang perlu ditanya oleh unit yang menerima permohonan passport dan bukannya untuk edaran kepada warga negara asing.

Ayat

Sumber : Wan Nur Syaira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *