Tak “Cakap Besar,Bukan Sembang Kosong”…Nedim Nazri Aziz tunai janji bantu bayi ekzema

Bukan sekadar ‘cakap besar’, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz menunaikan janjinya bagi menanggung kos rawatan seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema kronik.

Semalam, ahli perniagaan itu telah berjumpa keluarga dan membawa bayi tersebut bagi menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Facebook milik bapa bayi berkenaan yang telah memuat naik sekeping gambar keluarganya bersama Nedim.

Tak

Menurut Danial Rayyan, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nedim dan Nora Danish kerana sudi menanggung kos rawatan dan semoga Allah meluaskan rezeki pasangan tersebut.

Menerusi laman Twitter milik Nedim pula, dia melahirkan rasa syukur kerana dapat berjumpa dengan keluarga bayi tersebut dan juga berharap bantuan yang diberikan dapat menyembuhkan bayi itu secepat mungkin.

Tak

Tak

Sebelum ini, Nedim ada menyatakan hasratnya untuk menanggung kos rawatan bayi tersebut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai penderitaan yang ilalui anak kecil itu apabila tersebar di laman media sosial.

Sumber : Nedim Nazri Aziz , Danial Rayyan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *