Anak Dara Ini Sedang Sidai Baju Tiba Tiba Di Heret Dan Diikat Tangannya

Anak Dara Ini Sedang Sidai Baju Tiba Tiba Di Heret Dan Diikat Tangannya,Bila Diperiksa Memang Tak Sangka Rupa Rupanya..

 

KOTA BHARU: Penduduk khususnya golongan wanita sekitar Pengkalan Demit dekat Kubang Kerian di sini, diselubungi ketakutan dengan kehadiran ‘orang minyak’ yang didakwa mencetuskan gangguan sejak sebulan lalu.

Kejadian terbaru jam 9 pagi tadi, apabila seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai diganggu orang minyak ketika sedang menyidai pakaian di belakang rumah.

Remaja terbabit mendakwa dicekik pada leher sebelum diikat dengan tali di bahagian kaki, tangan dan perut, selain ada kesan minyak hitam di leher dan kaki mangsa.

Mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang menyidai pakaian di luar rumah, sebelum ditarik seseorang dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.

“Saya bagaikan dipukau dan ditarik individu yang tidak dikenali itu ke ruang tamu. Saya hanya tersedar selepas dicekik di leher manakala kaki, tangan dan perut diikat dengan tali.
GADIS YANG DIIKAT SEBELUM ITU DIHERET OLEH ORANG MINYAK
Anak Dara Ini Sedang Sidai Baju Tiba Tiba Di Heret Dan Diikat Tangannya

“Saya menjadi sesak nafas akibat jerutan kuat tali di bahagian perut dan hanya mampu menangis serta menjerit minta tolong sebelum kelibat itu melarikan diri menerusi tingkap dapur,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Nik Anis Ashira berkata, jirannya datang membuka ikatan dan menghubungi ayah serta adik lelaki yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah.
TANDA TANDA KESAN MINYAK DIJUMPAI
Anak Dara Ini Sedang Sidai Baju Tiba Tiba Di Heret Dan Diikat Tangannya

Sementara itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, mendakwa rumahnya diganggu orang minyak sejak sebulan lalu.

“Kami penduduk kampung berjaga, mengepung dan melakukan sembahyang hajat, namun orang minyak ini tetap mengganggu.

“Sekurang-kurangnya empat rumah kampung ini menjadi mangsa balingan batu hingga menyebabkan cermin tingkap pecah.

“Ada penduduk mendakwa melihat kelibat orang minyak melakukan kejadian itu, namun usaha menangkapnya tidak berjaya,” katanya. Mangsa dalam proses untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Artikel Lain ..
Wanita dicekik, dibelasah bekas suami guna topi keledar.
Anak Dara Ini Sedang Sidai Baju Tiba Tiba Di Heret Dan Diikat Tangannya

KUALA TERENGGANU: Tidak cukup dipukul di kepala menggunakan topi keledar, seorang wanita turut dicekik dan ditumbuk bekas suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Seberang Takir, di sini, Khamis lalu.

Akibat tindakan suspek berusia 41 tahun, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di kedai makan mengalami cedera dan bengkak di kepala, muka dan pipi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 pagi ketika mangsa berada di rumah sewanya sebelum didatangi suspek.

Beliau berkata, suspek bertindak memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar selain mencekik leher bekas isterinya.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menumbuk muka dan pipi mangsa sebelum beredar meninggalkan rumah berkenaan.

“Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak mahu mangsa tinggal bersama kakaknya dan mangsa memaklumkan sudah bercerai dengan suspek pada Julai tahun lalu.

“Mangsa juga memaklumkan suspek adalah penagih dadah dan pernah ditangkap polis sebelum ini,” katanya.

Idris berkata, susulan kejadian itu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Sekyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *