Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Setiap perhubungan itu dibina di atas dasar kasih sayang, percaya dan saling hormat-menghormati. Namun kebiasaanya, bukan senang untuk kita mencari pasangan yang boleh menerima diri kita dengan seadanya.

Begitulah nasib seorang wanita yang dikenali sebagai Mollie Cowin. Gadis yang berusia 22 tahun dan berasal daripada Kent, Britain ini telah patah hati setelah dirinya ditinggalkan oleh kekasihnya.

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Namun, perpisahan mereka ini bukanlah berpunca daripada campurtangan pihak ketiga, namun sebaliknya berpunca daripada masalah jerawat kronik yang dihidapi oleh Mollie sendiri.

Mollie yang berkerja di sebuah bank sering mengalami masalah kulit muka berjerawat sejak beliau berusia 14 tahun lagi.

Putus asa dengan jerawat pada wajahnya yang tidak pernah surut meskipun pebagai jenis produk kecantikan telah beliau cuba. Mollie kemudiannya berserah kepada takdirnya sahaja.

 

Mengakui yang beliau telah menghabiskan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk menjalani rawatan kulit muka dan membeli pelbagai jenis produk kecantikan, beliau akhirnya terpaksa mengalah dan berasa kecewa.

Namun, tidak mahu mengalah, Mollie kemudiannya bercadang untuk mendokumentasikan keadaan mukanya sebelum dan selepas menggunakan setiap produk yang baru dicubanya.

“Bila saya beritahu niat saya untuk memuatnaik keadaan kulit wajah saya di laman Instagram, dia memberitahu saya yang ianya bukanlah sebuah idea yang bagus sekiranya gambar-gamar itu dilihat oleh rakan-rakan di Instagram,” beritahu Mollie.

Apabila ditanya mengapa beliau masih meneruskan perhubungannya dengan kekasihnya pada ketika itu meskipun beliau tidak mendapat layanan yang baik, berikut merupakan jawapan Mollie.

 

“Saya setia kepada dia sebab aku tidak percaya pada diri saya sendiri pada ketika itu. Aku berazam untuk menghilangkan jerawat pada wajah saya supaya dia boleh menerima saya…”

Mungkin sudah fed-up mencuba produk-produk yang dijual di farmasi dan di Instagram, Mollie kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar kulit.

“Saya minta pendapat doktor untuk memberikan sesuatu yang boleh menyembuhkan masalah kulit saya. Setelah keluar daripada bilik rawatan, doktor telah memberikan saya Roaccutane dan meminta saya supaya mengambilnya selama 6 bulan.”

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Pada mulanya, Mollie agak ragu-ragu dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar tersebut. Namun setelah memikirkan tentang masalah kulit muka berjerawat yang sentiasa menghantuinya, beliau akhirnya rela dan bersetuju untuk menjalani rawatan seperti apa yang telah disyorkan oleh doktor itu.

Setelah 6 bulan menjalani rawatan itu, Mollie mula mendapati kesan-kesan positif pada bahagian kulit wajahnya. Jerawat yang hodoh itu telah perlahan-lahan hilang dan kulit wajahnya kembali menjadi halus seperti seorang remaja.

 

“Apa yang saya telah lalui bukan sahaja telah mengubah kulit wajah saya. Malah, saya telah berjaya menemui kembali keyakinan diri yang telah saya hilang pada beberapa tahun dahulu.”

“Saya juga sudah tidak bercinta dengan kekasih yang sering menghina dan memperkecil-kecilkan saya dahulu, hanya kerana masalah jerawat yang saya alam,” beritahu Mollie.

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Sumber : taiko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *