Ekskulusif:Serina Bakal Dipenjarakan,Puncanya Amat Memeranjatkan..Doa Yang Baik2 Sudah..

Anak perempuan kepada Chef Wan lagi sekali terpalit kontroversi kerana didakwa bekas suami iaitu Gavin Edward O’Luanaigh.

Serina Redzuawan yang juga merupakan seorang pelakon kini menurut laporan Sinar Harian mengatakan beliau bakal berdepan hukuman penjara.

Gavin telah memfailkan satu notis untuk tunjuk sebab bagi kes pelanggaran perintah persetujuan bersama terhadap bekas isterinya itu.

Kata peguam bagi mewakili Gavin berkenaan dakwaan yang dibuat terhadap Serina. Difahamkan pula bahawa Serina telah melanggar…
“Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka bermalam bersama didalam bilik Chef Wan dikediaman bekas bapa mertuanya pada 3 Disember lalu.”

Dakwaan tersebut mengatakan bahawa Serina didakwa kerana benarkan anak lelaki dan perempuannya bermalam sebilik dengan bapa beliau iaitu Chef Wan.

Walau bagaimanapun, Chef Wan dilihat sememangnya rapat dengan kedua cucunya itu.

Selain dakwaan tersebut, pelakon ini turut didakwa kerana telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukan pemohonan, Gavin dan anak mereka atau nama lainnya ialah Salahudin Ghaffar.

Terdahulu, sememangnya kisah Serina ini sudah mendapat perhatian netizen mengenai kemelut yang berlaku antara dirinya dan bekas suami.

Walaupun konflik rumah tangga Serina Redzuawan dan Gavin Edward sudah berakhir, namun, Serina masih tidak berpuas hati dengan tindakan bekas suaminya. Susulan kes anak perempuannya, Bella yang didapati terdapat kesan lebam di mata telah menimbulkan syak terhadap Gavin.

Walaubagaimanapun, Serina telah berkongsi video dan foto ketika Bella mendapatkan rawatan dari doktor. Ternyata dia sedih dengan bekas suami membiarkan anak terus sakit tanpa membawanya ke hospital. Malah, dia juga kecewa dengan bekas suami yang didakwa menipu media mengenai kes khalwat.

Serina berkongsi rakaman video ketika Gavin ditemubual Melodi, semalam. Menerusi video tersebut, Gavin menafikan segala tuduhan Serina yang dikatakan tidak benar sama sekali. Tambah Gavin, dia tidak melupakan tanggungjawabnya dan turut menghantar anak-anak ke kelas agama.

Namun berbeza pula dengan penjelasan Serina yang mendakwa Gavin berbohong.

Video sebelum ini menyaksikan Serina bertanyakan kepada Bella mengenai kesan lebam di mata. Ketika itu, kanak-kanak ini ikut ayahnya bermain bola. Anak ini dikatakan bermain sendirian hingga jatuh dan meninggalkan lebam yang agak teruk dibawah mata.Mata anak bengkak dan biru

Serina juga membawa Bella dibawa berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan lebam dibawah mata. Malah, dia turut mengadu matanya itu terkena besi di sekitar padang bola. Seria jelas kecewa dengan perbuatan Gavin yang didakwa hanya membiarkan tanpa membawa anak ke hospital dengan segera.

Kini, Serina masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya di mahkamah supaya dua orang anak ini terjaga kebajikan dan keselamatan dibawah penjagaannya.

Sebelum Ini Kecoh Dengan Menerusi satu muat naik dilaman instagram milik Serina Redzuan, beliau dilihat seperti sudah berputus asa terhadap perangai bekas suaminya itu dengan memberitahu kesedihan yang ditanggung olehnya.

Baginya, tindakan bekas suaminya itu memang melampau kerana apabila Gavin ditangkap khalwat, anak-anaknya yang masih berusia 7 dan 6 tahun itu berada dirumah bersamanya.

Bagi Serina, walaupun beliau tidak suka untuk berkongsi cerita kepada public terutamanya hal-hal berkaitan dengan rumahtangga. Namun, Serina berharap dengan perkongsian ini beliau akan jadi lebih kuat dan memohon agar peminat-peminat beliau sentiasa mendoakan kehidupan beliau bersama anak-anak.

Terdahulu, Serina dan Gavin telahpun tinggal berasingan sejak dua tahun sehinggalah mereka sah bercerai dengan talak satu pada 1 Ogos 2017.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *