Inilah Hukum Suami Terminum Susu Isteri Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang hukum suami terminum susu badan kepunyaan isteri.. ada yang mengatakan hukumnya haram.. ada yang kata harus ada yang kata hukumnya terbatal nikah.. ada yang kata suami dh jadi saudara susuan dgn isteri,.. dan macam2 lagi la orang kata.. dari mana sumbernya aku pun tak pasti..

Sebenarnya, ada syarat nak jadi saudara susuan atau anak susuan.. syarat utama, mestilah berumur 2 tahun kebawah. Suami kita umur berapa??? bawah dua tahun ke??? ke lapan bulan.. ustaz azhar idrus kata, kalau umur suami kita 8 bulan, mmg jadi la saudara susuan.. tapi ada lagi syaratnya, iaitu 5 kali kenyang.. kalau sekali je, tak dikira lagi pun.. so, bukan senang ea nak jadi saudara susuan..

Hukum minum susu isteri, harus sbb apa shja ditubuh isteri adalah hak dan tanggungjawab suami. Cuma suami tidaklah boleh minum susu isteri hingga memudharatkan hak anak.. sebab susu tu hak anak juga..

Ku petik sikit artikel pasal persoalan ni, kat blog dunia susu ibu.. nak baca detail boleh lah ke laman web tu ea..

“Suami boleh minum susu badan isterinya dengan syarat tidak menghabiskan susu tersebut. Ini kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi.

Adapun perubahan status sehingga terjatuh talak atau isteri menjadi mahram bagi suami, maka ia tidak berlaku. Perubahan status mahram hanya berlaku kepada bayi yang berumur kurang dari dua tahun. Rasulullah bersabda: “Penyusuan tidak akan merubah status mahram kecuali (susuan) yang mengenyangkan dan terjadi sebelum disapih.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1152]

Maksud susuan yang mengenyangkan ialah apabila bayi melepaskan puting ibunya dengan sendiri, bukan kerana paksaan, istirehat atau pernafasan. Susuan yang mengenyangkan itu mesti berlaku lima kali bagi mengesahkan perubahan status mahram [Shahih Muslim, no: 2635].

Sementara tempoh sapih ialah apabila bayi berumur dua tahun kerana itulah tempoh optimum penyusuan bayi: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan.” [Al-Baqarah 2: 233]

So.. harap terungakai persoalan.. cuma pesanku, bila hal berkaitan hukum, perlu cari dan korek lagi ilmu dari banyak sumber dan pakar ilmuan hukum.. jangan terus amik dan pegang hukum tu dari pembacaan buku smata-mata atau dari pihak2 yang menyampaikan.. sebaliknya jika dia smpaikan suruh nyatakan dalil sekali.

Sumber: www.mariafirdz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *