Kesian Uqasha Senrose,Ini Penangan Eramin 5 Ramai Tak Tahu

Uqasha Senrose mengambil tindakan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya kira-kira pukul 11 malam Ahad selepas dihujani soalan netizen.Rata-rata netizen mula bertanya kesahihan dakwaan dan foto kononnya milik dia di sebuah balai polis yang tersebar di internet sejak awal malam Ahad.Segelintir peminat turut meluahkan rasa kecewa jika berita tersebut benar mengaitkan pelakon itu dengan dadah.

Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy. Ianya juga popular dikalangan “party people” kerana ia memberi rasa seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini.

Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar “rape drug”. Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.

ERIMIN 5 dikenali sebagai ‘Happy’, ‘Five’ atau ‘Happy Five’. Ia sejenis pil berbentuk bulat, berwarna pastel oren-merah jambu dan kelihatan seperti lozenge yang diambil untuk sakit tekak (saiznya lebih kecil).

Erimin 5 ialah NIMETAZEPAM, sejenis dadah dalam kelas benzodiazepine yang mengakibatkan kesan hipnotik, sedatif dan digunakan sebagai perehat otot.
Nimetazepam adalah ubatan berdaftar yang digunakan secara klinikal untuk rawatan pesakit yang mempunyai masalah tidur (insomnia) yang didaftarkan dengan nama komersil ERIMIN. Ia juga digunakan dalam rawatan ‘epilepsy’ (sawan) apabila rawatan ubatan lain menemui kegagalan.

NIMETAZEPAM DISALAHGUNAKAN apabila ubat ini sering dijual dalam pasaran gelap untuk kegunaan rekreasi dan terkenal sebagai ‘soft drug’. Ia digunakan sebagai ‘club drug’ dan diambil dengan alkohol atau diambil bersama dadah lain seperti ‘Ecstasy’ dan ‘Methamphetamine’. Erimin mampu memberikan kesan ketagihan seperti dadah rekreasi lain.KESAN PENGAMBILAN ERIMIN,Hilang kesedaran, Kekurangan fungsi kognitif, Kesukaran mengawal fungsi tubuh, bercakap dan bergerak,Kesukaran mengingat (pelupa)

Pemerhatian mStar Online pada pukul 10 malam Ahad mendapati, kira-kira lebih 1,000 komen mula membanjiri posting di laman sosial miliknya.Bagaimanapun, sehingga kini aktres berkenaan masih belum memberikan sebarang komen berkaitan perkara berkenaan.Foto dipercayai Uqasha Senrose ini mula disebarkan di media sosial selepas berita penahanan seorang artis dalam keadaan khayal dilaporkan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon popular ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya pada Ahad.Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Sumber polis berkata, artis itu yang berasal dari Kelantan dipercayai melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi NSTP.Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi.

“Pelakon yang juga kakak dua pelakon wanita yang kerap membintangi drama didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu.

“Anggota polis Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI kemudian segera ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa langgar itu,” katanya.Menurutnya, pelakon wanita yang masih bujang itu kemudian dibawa ke balai polis itu untuk pemeriksaan.

Katanya, anggota polis wanita membuat pemeriksaan pada tubuh dan beg tangan milik pelakon terbabit sebelum menemui enam keping bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin 5 dianggarkan seberat lebih 14 gram dalam beg tangan miliknya.“Semua dadah itu dianggarkan lebih RM600 mengikut harga pasaran.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah,” katanya.Antara drama yang pernah dibintangi artis terbabit adalah Hero Seorang Cinderella, Tundukkan Playboy Itu dan filem Paku Pontianak.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *